About Me

My photo
Kemaman, Terengganu, Malaysia

Wednesday, December 31, 2008

YEAHHHH!!!!

Hehehe... Lu nak kena pikir ke...

Hari nih merupakan hari ke 3 aku berjalan kaki untuk pergi dan balik dari ofis, pehhh lenguh ma kaki, tapi kerana banyak sangat waktu terluang, jadi aku kena manfaat kannya. Jarak ofis dengan rumah adalah dlm 1km. Jika waktu pagi memang tak terasa penatnya, tp bile time balik arrr.... tu kalau jumpa kedai mamak on the way tu mesti makan hati tengok mamat & minah dok teguk teh ais..rasa nak bakar je kedai tuh, tak pun kalau kiraan degutan jantung rendah singgah dok bagi khutbah tentang berapa banyak lemak yang diorang tampal keliling kulit dengan segelas teh ais tuh... Hehehe.. over react plak...

Minggu yang lalu, jadual aku dipenuhi dengan aktiviti menyelam dan berenang di kolam. tetapi memandangkan kiraan BMI aku tak menurun tapi kiraan bilangan jerawat makin bertambah(air tu kotor kot, tk sesuai ngan kulit aku) aku harus mencari alternatif yang lain...

Dan, la ni aku ingat nak p register kt mana fitness centre. Syida! jom. Kena berubah nih...La ni kita plak kena pikir ar...

Tuesday, December 30, 2008

I'M BACK

Hehehe... Kalau di tengok dari tajuk nampak macam aku bari balik dari merantau di oversea atau balik ke pangkal jalan.. namun realitinya lain sama sekali, aku kembali!!! cuma kembali menulis dalam blog aku yang usang ni (border zaman paleolitik) setelah aku kembali menjadi orang biasa, tidak lagi berpolitik..huhuhu (Elis ko kalau nak komen, nanti jumpa lain)..

Setelah 2-3 minggu menjalani hidup yang mempunyai baaaaanyaaaaak masa terluang, dan setelah hampir kesemua cicak di Taman Perumahan aku tuh dah aku skodeng kerana cuba melalui syiling rumah aku (on the way pegi berdating agaknya), so aku pun mula membuat senaman jari agar anggota badan aku ni tidak berkarat keboringan...

Tapi masih aku tak tahu apa nak dicerita, mungkin posting terkini ini akan mempunyai susulan??? kita nantikan kemunculannya tak lama lagi...