About Me

My photo
Kemaman, Terengganu, Malaysia

Friday, January 29, 2010

Jauh di Kenang Dekat di Sayang

kekekekeke...

Apa punya tajuk laaa........

Korang yang nak baca ni type karang sendiri la....kuikuikui

Wednesday, December 31, 2008

YEAHHHH!!!!

Hehehe... Lu nak kena pikir ke...

Hari nih merupakan hari ke 3 aku berjalan kaki untuk pergi dan balik dari ofis, pehhh lenguh ma kaki, tapi kerana banyak sangat waktu terluang, jadi aku kena manfaat kannya. Jarak ofis dengan rumah adalah dlm 1km. Jika waktu pagi memang tak terasa penatnya, tp bile time balik arrr.... tu kalau jumpa kedai mamak on the way tu mesti makan hati tengok mamat & minah dok teguk teh ais..rasa nak bakar je kedai tuh, tak pun kalau kiraan degutan jantung rendah singgah dok bagi khutbah tentang berapa banyak lemak yang diorang tampal keliling kulit dengan segelas teh ais tuh... Hehehe.. over react plak...

Minggu yang lalu, jadual aku dipenuhi dengan aktiviti menyelam dan berenang di kolam. tetapi memandangkan kiraan BMI aku tak menurun tapi kiraan bilangan jerawat makin bertambah(air tu kotor kot, tk sesuai ngan kulit aku) aku harus mencari alternatif yang lain...

Dan, la ni aku ingat nak p register kt mana fitness centre. Syida! jom. Kena berubah nih...La ni kita plak kena pikir ar...

Tuesday, December 30, 2008

I'M BACK

Hehehe... Kalau di tengok dari tajuk nampak macam aku bari balik dari merantau di oversea atau balik ke pangkal jalan.. namun realitinya lain sama sekali, aku kembali!!! cuma kembali menulis dalam blog aku yang usang ni (border zaman paleolitik) setelah aku kembali menjadi orang biasa, tidak lagi berpolitik..huhuhu (Elis ko kalau nak komen, nanti jumpa lain)..

Setelah 2-3 minggu menjalani hidup yang mempunyai baaaaanyaaaaak masa terluang, dan setelah hampir kesemua cicak di Taman Perumahan aku tuh dah aku skodeng kerana cuba melalui syiling rumah aku (on the way pegi berdating agaknya), so aku pun mula membuat senaman jari agar anggota badan aku ni tidak berkarat keboringan...

Tapi masih aku tak tahu apa nak dicerita, mungkin posting terkini ini akan mempunyai susulan??? kita nantikan kemunculannya tak lama lagi...

Friday, October 31, 2008

Tora datang lagi....

hehehehe... lama bangat aku tak meng update blog aku yang masih suci murni nih.. macam2 dah jadi, terutama sekali aku dah pindah umah baru kat Mentari Court, penat menguruskannya dan alasan paling kukuh untuk aku kurang meng update blog ni adalah sebab laptop kesayangan umpama separuh nyawa aku ni di rampok dalam bulan puase, hampeh tuh maling tu, bulan2 puase pun tak nak insaf lai...



3-4 hari sebelum bulan posa tu pulak aku dan mak aku kena demam denggi, mak aku masuk spital tapi aku masuk klinik je diorg masukkan air kat situ je, tapi memang teruk tul rasa demam denggi ni, urat2 badan semua tak nak ikut cakap, nak angkat telefon pun tak mampu...



ni aku nak letak la gambar ruang tamu rumah aku untuk rujukan korang, kosong lai rumah ni takde budget maaa.. Sapa2 nak mai umah aku boleh habaq awai buleh la aku siap2 jerang air buat air teh bujang untuk u all.. heheheheh... adios amigos...

Saturday, May 10, 2008

AWAN HITAM- Pergilah...

Tak tahu kenapa awan-awan hitam ni seperti tak mahu meninggalkan aku, biarkanlah aku melalui hidup yang lebih baik. Tak tahu lah, mungkin ini disebabkan dari dosa-dosa aku yang tedahulu atau dosa-dosa yang masih aku lakukan atau aku ini sememangnya ada darah Datk Karma Jaya yang mana telah disumpah oleh Mahsuri supaya tak kan bahagia selamanya...

Apa-apa pun aku terpaksa melaluinya sekali lagi walau macammana susahnya aku cuba melepasi awan yang pertama dulu. Mungkin kah awan kali ini lebih tebal dan aku berkemungkinan tidak akan berjumpa jalan keluar berbanding dengan yang lepas yang aku kira-kira seperti begitu lama masa yang aku ambil untuk melepasinya. Atau awan hitam kali ni bukan setebal yang ku sangka sebab jangka masa awan ni berada disekelilingku adalah pendek, mungkin tak sempat untuk awan itu mengumpul tenaganya. Jawapannya hanya akan diketahui selepas semuanya berlalu dan aku kembali tenang semula.

Memang tak ramai yang dapat membaca fikiran aku ni. Terlalu banyak perkara yang tersimpan dalam diri ini, jika nak diceritakan, bukan sahaja pencerita sahaja tak mampu menghabiskan ayatnya, mungkin pendengar-pendengarnya pun tak sanggup nak mendengar hingga ke akhir cerita. Jadi biarlah ianya menjadi khazanah dalam hidupku. Dan sememangnya segala yang telah berlaku itu menjadi acuan pada diriku.

Cuma, hanya diriMu yang dapat membantu hambaMu yang kerdil ni melepasi liku2 hidup serta awan hitam yang dihantar sebagai ujian. Jika memang ini aturanMu, aku akan akur melaluinya...

Aku mohon padamu awan hitam... pergilah engkau dari hidupku dan jangan kau cuba kembali...

Friday, May 9, 2008

JEMPUTAN PERKAHWINAN NONI

Attached herewith quick photo shot of her invitation card for all of u to refer (or what ever u want to do)... I thought that I'm receiving her photo album or somewhat we call photo flickers or trail...







Tuesday, May 6, 2008

True Love Story



This is beautiful…

There's no sound, but look at the picture first and then watch the attached video.These two guys reared this lion from a baby in England but the authorities would not allow them to keep it once it reached maturity so they were forced to give it up. They took it back to Africa and placed it in a wildlife sanctuary...a year later they went to see it and were told it would not remember them...but true love never dies!?!