About Me

My photo
Kemaman, Terengganu, Malaysia

Saturday, May 10, 2008

AWAN HITAM- Pergilah...

Tak tahu kenapa awan-awan hitam ni seperti tak mahu meninggalkan aku, biarkanlah aku melalui hidup yang lebih baik. Tak tahu lah, mungkin ini disebabkan dari dosa-dosa aku yang tedahulu atau dosa-dosa yang masih aku lakukan atau aku ini sememangnya ada darah Datk Karma Jaya yang mana telah disumpah oleh Mahsuri supaya tak kan bahagia selamanya...

Apa-apa pun aku terpaksa melaluinya sekali lagi walau macammana susahnya aku cuba melepasi awan yang pertama dulu. Mungkin kah awan kali ini lebih tebal dan aku berkemungkinan tidak akan berjumpa jalan keluar berbanding dengan yang lepas yang aku kira-kira seperti begitu lama masa yang aku ambil untuk melepasinya. Atau awan hitam kali ni bukan setebal yang ku sangka sebab jangka masa awan ni berada disekelilingku adalah pendek, mungkin tak sempat untuk awan itu mengumpul tenaganya. Jawapannya hanya akan diketahui selepas semuanya berlalu dan aku kembali tenang semula.

Memang tak ramai yang dapat membaca fikiran aku ni. Terlalu banyak perkara yang tersimpan dalam diri ini, jika nak diceritakan, bukan sahaja pencerita sahaja tak mampu menghabiskan ayatnya, mungkin pendengar-pendengarnya pun tak sanggup nak mendengar hingga ke akhir cerita. Jadi biarlah ianya menjadi khazanah dalam hidupku. Dan sememangnya segala yang telah berlaku itu menjadi acuan pada diriku.

Cuma, hanya diriMu yang dapat membantu hambaMu yang kerdil ni melepasi liku2 hidup serta awan hitam yang dihantar sebagai ujian. Jika memang ini aturanMu, aku akan akur melaluinya...

Aku mohon padamu awan hitam... pergilah engkau dari hidupku dan jangan kau cuba kembali...

4 comments:

syida said...

apsal entry ni syahdu dan sentimental je.... awan hitam tanda hari mau hujan...........

mayîëN said...

aku sedey, awan hitam ni tak berenti2 ikut aku.

Azura Ahmad said...

tengok gambo sebelah tu, cuba ksu buksk spek hitam besar kau tu... mesti nampak matahari!!! :p

Azura Ahmad said...

bangun... banguuunnn lah dari mimpi yang panjang... updatelah blog niii...