About Me

My photo
Kemaman, Terengganu, Malaysia

Monday, April 21, 2008

BIRTHDAY ANAK INTAN



Hehehhh.........Last Saturday, Aku, Syida ngan Buyuk pegila rumah Mak Mentua Intan di Ampang nak join sambut birthday anak2 die tu. Intan tetap maintain kurus, aku tak tahu la kurus die tu sebab mmg species badan keluarga die camtu, atau kurus sebab banyak kerja sangat ataupun kurus sebab merana kawin ngan Mim, hahaha, korang pikir sendiri la jawapannya.



Lepas g umah intan tu, kami pi la Mesejid dekat ngan Taman Desa tu, g semayang Megrib sebab Buyuk tak kasi g umah die coz husband dia tak nak pakai baju.............wuhahahah. Makhluk paling seksi di abad 50 masihi..




Then last sekali kami g melepak sat kat white coffee, ok la minum kat situ, lagipun Buyuk blanja... Tima kasih aa, aku lupa lak nak sebut aritu....... Ni tengok la gambar yang aku sempat amik sempena program haritu........

Friday, April 18, 2008

IKRAR- Untuk Jadi Anak Yang Baik

Heheh...

Mesti ramai yang menyampah bila baca tittle post tu, tapi takpe la, aku tak kira, aku nak tulis jugak, sebab ni blog aku, aku punya pasal la nak tulis ape pun...

Oleh kerana aku belum kawin lagi, so aku punya masa lagi nak menggembirakan hati mak aku. Kalau aku tengok kawan2 yang dah kawin, diorang kena jaga hati keluarga sebelah mentua jugak, apa2 pun nak buat mesti nak kena pikir yang kat sebelah sana. Nak balik kampung sendiri, nnti mesti nak kena balik kampung mentua jugak. Nak beli barang untuk mak sendiri, nnti nak kena pikir beli barang untuk mak mentua jugak... itu dah kira budget darab due... Heheh.. Pokai kalau lama2.

Macam aku yang tak kawin lagi, masih boleh plan nak balik kg setiap awal bulan, dan beli barang untuk mak tiap2 bulan (bukan aku bias beli untuk mak je, tapi sebab abah aku dah meninggal lama dah...sob...sob...sob...sedeyy). Dan aku pun sekarang ni masih sanggup nak menghabiskan masa dan wang ringgit aku demi mak aku tu. Baru2 ni mak aku macam ada sebut2 pasal Langkawi... Aku pun tanya gak la, "Mak tak penah pegi ke Langkawi??? Mak aku pun dengan suara tak berapa sayu pun jawab la' Mak tak penah pegi, mana la ada duit nak pegi sebelum ni. Semua duit yang ade, habis guna nak sekolahkan kaurang".

Aku ni, nak kira jenis orang memang takde experession langsung, hati kayu... Tp lelama aku pun terpikir la, dulu mak aku ni sebok la nak jaga anak 8 orang, semua rezeki dok belanja nak bagi kami sekolah adik beradik... Gaji arwah abah dulu pun tak banyak, askar pangkat prebet, banyak manalah gajinya... Camane la mak aku boleh buat budget untuk bagi kami semua sekolah, sedangkan aku rasa mak aku pun tak habis sekolah rendah... Orang sekarang gaji 4 ribu sebulan pun tak boleh nak survive bagi anak sekolah elok2, kekadang yang ade sijil accounting yang ACAA tu pun boleh kumpul hutang sama ngan tinggi badan sendiri... Tapi mak aku manage buat semua tu... Ajaib kan.....

So, aku pun nekadla nak bawak mak aku p ke LANGKAWI hujung minggu depan. Biar la aku korbankan masa dan duit untuk mak aku, kalau nak dibandingkan memang tak setimpal dengan apa yang die pernah buat untuk aku. Sementara aku belum kawin ni, boleh la aku cuba untuk menyenangkan hati die, tapi aku rasa die lagi tak senang hati kot bila aku tak kawin2 lagi... Tapi apa nak buat mak... Bofren tak lekat...

Untuk sesapa yang masih ada mak tu, ingat2 la diri, walau jauh kemana pun kita pergi, walau banyak manapun duit yang kita kumpul, walau tinggi manapun kejayaan kita ade, takkan langsung ada makna kalau kita tak reti nak membahagiakan hati mak sendiri... *Pikir2 kanla...............


Tribute untuk Mak aku

FITNA

Assalamualaikum …

Umat Islam memandang serius filem FITNA yang dihasilkan oleh Geert Wilders, seorang ahli parlimen Belanda, yang kini ditayangkan di dalam internet di seluruh dunia melalui you tube.Filem Fitna itu, yang disiarkan selama 15 minit dalam sebuah laman web pada 27 Mac, mengkritik Islam, dan ayat Qur'an digunakan dengan sewenang-wenangnya dan tidak mengikut konteks.

Ahli majlis perundangan Belanda Geert Wilders menerbitkan filem itu, yang menunjukkan kenyataan daripada paderi yang radikal dan menyebut surah Al-Quran dengan diselitkan imej serangan 11 Sept terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di New York, pengeboman kereta api penumpang di Madrid, Sepanyol pada 2004 dan pembunuhan pengeluar filem Belanda Theo van Gogh di Amsterdam street pada akhir tahun itu.

Sedikit tentang sibangsat Geert Wilder. Beragama Roman Katholik dan pernah berjuang bersama tentera Israel .. Si Bangsat ini pernah menyaran umat Islam negaranya supaya mengoyak Al Quran jika ingin menetap di Belanda. Juga pernah menyatakan bahawa sekiranya Nabi Junjungan kita masih hidup, baginda akan disenaraikan sebagai pengganas. Kenali Musuh anda !!!Kenyataan yang dikeluarkan oleh Tun Dr Mahathir semalam agar produk Belanda dipulaukan hanya mendapat perlian sinis daripada blog pro-zionis dan anti-Islamis seperti Jihad watch dan sebagainya.

Mereka berkata bahawa negara Belanda akan lebih kaya jikalau produk mereka di pulaukan oleh orang Islam kerana negara Eropah pula yang akan membeli produk mereka. Malah mereka memerli dengan mengatakan ekonomi mereka tidak terjejas dengan pemulauan produk ini kerana negara Islam adalah negara miskin. Denmark pernah mengalami kerugian USD 1.5 juta sehari kerana pemulauan barangan mereka.

Maka, marilah kita sama-sama melaksanakan kewajipan ini agar penghinaan kepada Islam mendapat pembalasan yang sewajarnya.Saya menyeru agar semua pembaca bersama-sama memboikot produk yang dihasilkan oleh Belanda.BOIKOT-PRODUK DARI BELANDA/DUTCH - DON'T BUY!!

1. Dutch Lady - Susu

2. Ferrero Roche - Coklat

3. Wall's - Ais Krim

4. Ing -Insurans

5. Planta -Magerin

6. Lady's Choice -Magerin

7. Lipton -Teh

8. Shell -Minyak

9. Knorr -Perisa Makanan

10. Dove -Mandian

11. Sunlight -Magerin/Pencuci Pinggan

12. Radiant -Deodoran

13. Rexona -Deodoran

14. Ponds -Produk Kecantikan

15. Kieldsens -Coklat

16. Slimfast -Produk Pelangsing

17. Lego -Kismis

18. Philips -Barangan Elektrik

19. Duyvis -Makanan Ringan

20. Gouda -Keju

21. Robin -Pencuci Lantai/Pakaian

22. Ariel -Pencuci Lantai/Pakaian

23. Omo -Pencuci Lantai/Pakaian

24. Labello -Lip Balm

25. Pickwick -Teh

26. Venz -Mentega Coklat

27. Kinder Bueno -Coklat

28. Unilever -Syarikat

29. Dumex -Susu Tepung

30. Nutricia -Susu Bayi

31. Sunsilk -Shampoo

32. Fair & Lovely -Produk Kecantikan

33. Lux -Mandian

34. Vaseline -Lip Balm

35. Cif -Pencuci Lantai

36. Surf -Pencuci Kain

37. Wishbone -Pencuci Kain

38. Doriana - Keju Krim

39. Bertolli -Minyak Masak

40. Clear -Shampoo

41. Breeze -Pencuci Kain

42. Sun -Pencuci Kain

AKU DEMAM!!!

Heheh... Aku demam la, tapi bila aku tengok ramai ngat yang dok mengomen dalam blog aku ni, aku jadi tecabar plak... Nak dijadikan cerita, ni nak habaq kat hangpa semua dalam 5 tahun aku kerja kat Mentari, tak penah sehari pun aku amik MC ataupun EL, tapi oleh kerana aku rasa kurang senang pada hari khamis aritu dan kepala rasa nak pitam dah so aku p je la klinik, doktor tu siap kasi aku MC untuk next daynya...

Hehheheh. Dalam demam2 pun sempat gak la aku p "RB" ngan teman sehajjah dan Majestrit tu. Takpe ahhh sesekali (walaupun dah banyak kali g melalak).Malam lak g jumpa boss aku kat umah die, siap leh bagitahu lak tu esok tak masuk keje sebab badan tak sihat, boss aku nmpak cam tekejut gak la, yelah staff die yang ni la tak penah amik MC tup2 kata nak MC the next day... Biasala ayat die tu" tu la suruh kawin tak nak". Sapa tak nak kawin!!!! hehehe... tanya kat orang gila pun mesti nak kawin punya...Cuma jodohnya tak sampai lagi (rasa2 reason cenggini nampak relevan tak lagi).

Okla, untuk Joe, best ke program melalak ko kat Equotarial tu??? Syida lak, boleh belanja apa ngan voucher 10 hengget... U, woit sajak ko tu tak best langsung la... Buat la sajak patriotik sikit... Tak mengenang anak bangsa sungguh ko nih...

27 Dresses Featuring DJG

Heheh... Tittle tu agak menarik bile dibaca berkali-kali. Kisahnya aku mendapat panggilan maut dari kawan aku Si Majestrit tu ajak g tengok citer ni. Oleh kerana aku dah memang tension satu hari ni buat kerja dan rasa tak tentu hala sebab terpaksa sesuatu yang bagai kacang lupakan kulit, so aku pun kata ok je lah. Tapi kita lupakanlah bab kacang dengan kulitnya tu dulu ye... Kita sambung citer yang best ni je.

Tapi keluar2 keluar je opis semalam terus jammed dari Sunway ke port tujuan, cis hengat sikit-sikit jammnya. Dekat satu jam setongah duduk dalam keta, kira kalau balik Pilah mmg dah sampai dah tu, dah boleh cium tangan mak aku yang dikasihi tu. Dalam hati punyalah paneh pikirkan member aku 2 orang tu tengah sedap melayan "Kelas Tahfiz Bervideo" kat "J"(bukan nama penuh). Alih2 rupanya diorg tak g pun ke "J" tu. Aku gaklah dah melalak hampir 15 lagu dalam keta tu, kira ok la walaupun suara penyanyi sebenar tu tak dapat dihilangkan. Kira sora aku ngan penyanyi asal tu telah disatukan dan menghasilkan bunyi yang agak hebat. eheh, puji diri sendiri.

Nak dipendekkan citer, movie ni mmg best dan amat sesuai ditonton oleh mereka2 yang belum mempunyai pasangan sebab lead actor dia amat hensem dan kira2nya kami ni ade can la berangan nak dapat future husband cenggitu. Joe!!! ko batalkanlah hasrat murni ko tu. Lawak2 yang disajikan pun dikira level antarabangsa sebab yang belakonnya pun mmg orang putih...

Budak katherin Heigel tu pun aku memang suka nonton die belakon dari dia di Grey Anatomy lagi, dah season 4 pun tapi berenti sampai episode 10 je, kata nak sambung balik, mana ni tuan Director...cepatla sambung balik sebelum aku mula sebok ngan acara sampingan yang lain.

Ok la, Joe n Syida ko tatapla gambar diatas betul2 smpai ko nampak kulit muka Katherin Heigel tu tak sama ngan bdan die, aku pun mushkil ngape jadi camtu, takpe la esok2 la aku trim, coz arini aku sebok bangat.....

NEXT PAGE

Semalam aku ingat nak men"trim" blog aku yang baru nih, bagi nampak lagi canggih dari blog Joe, tapi tulah tak kesampaian sebab bila aku sampai2 je umah dalam kul 7.30 malam tu housemate aku ajak temankan die g "temujanji buta". Ishhhh... aku ni segan tul nak g jumpa org2 yang aku tak kenal tp takpe la. Aku kenalah pegi memikirkan dalam dunia sekarang ni ada banyak sgt org jahat (bak citer Kak Long), aku risau la kalau apa2 jadi kat housemate aku nnti, press semua dtg carik aku plak, tanya ada apa2 tanda ganjil tak yg berlaku sebelum kehilangan housemate cik nih...

Disebabkan aku dah mula start memikirkan jawapan2 yg bakal aku kasi kat press nnti, aku ambil jalan mudah dengan ikut je la die walaupun hati dan pikiran aku ni mati2 dok teringat kat blog aku yang masih suci murni nih.pegi je tengok, ermm... boleh tahan mamat ni, nampak baik, orang Kelaaantan woi... die siap bawak kawan sekali... heheh.. aku memula malu, tapi bila dah lama2 aku lak lagi banyak borak ngan die... Heheh lawan tokey lak aku...Bila dah balik umah, si penemujanji buta tu pun call lah housemate aku kata kawan die tu nak minta no tepon aku, hehehe... klakar lak aku tu. Dia tak tahu ke aku ni lagi tua dari die. Housemate aku p kasi lak,,, ini mcm species syida gak (ade ke bg no ptepon aku kat mat dude tu)....

Tapi aku ni dok pikir gak, kekedang best gak jumpa org yang kita tak kenal, boleh citer apa2 je kita rasa nak... ermmm... "evil thought"Ehhh, back to the story, mlm nnti la aku sambung balik niat suci aku nak mewarnai a.k.a menodai blog aku nih... Joe... ini amaran halus dari aku yang aku akan cuba menggugat keterean ko sebagai jaguh blog.... hehehe...

KICK START

Assalamualaikum to all...This is first time I engaged dengan menatang2 cenggini. Itupun berkat dari tunjuk ajar Ex President association yang pernah ditubuh di college Hafsa dulu Mdm Joe and Presidentnya yang terkini Ms Syida...Ahli2 yang lain mcm Jaja n Linda ntah kemana.

Oleh kerana aku tak brapa ada banyak masa nak menggodek menatang ini, so aku tulis bende2 yang tak begitu memberi impact pada peredaran zaman dan habitat di sekelilingnya la. Oppsss sapa yang tak tahu makna perkataan "menggodek" tu bolehla rujuk kamus dwibahasa ArabJawa keluaran Pustakawan di Kuala Pilah. Tak pun nak sonang ko tanyolah kek Nabil (Champion Program Juara Lawak Musim Kedua)... Baaaiiik punya....

Barisan Nasional kalah di Selangor dalam pilihanraya yang baru berlalu dan aku ni agak terkedu la memikirkan punca2 kekalahan. Tapi aku rasa esok2 la aku pikir. La ni baik aku pikir bila lagi aku ni nak menamatkan zaman bujang nih... Keta kancil ade dah, rumah kos rendah pun dah beli.... apa lagi ek yang tak cukup.... Wa Allahu A'lam....