Heheh... Tittle tu agak menarik bile dibaca berkali-kali. Kisahnya aku mendapat panggilan maut dari kawan aku Si Majestrit tu ajak g tengok citer ni. Oleh kerana aku dah memang tension satu hari ni buat kerja dan rasa tak tentu hala sebab terpaksa sesuatu yang bagai kacang lupakan kulit, so aku pun kata ok je lah. Tapi kita lupakanlah bab kacang dengan kulitnya tu dulu ye... Kita sambung citer yang best ni je.
Tapi keluar2 keluar je opis semalam terus jammed dari Sunway ke port tujuan, cis hengat sikit-sikit jammnya. Dekat satu jam setongah duduk dalam keta, kira kalau balik Pilah mmg dah sampai dah tu, dah boleh cium tangan mak aku yang dikasihi tu. Dalam hati punyalah paneh pikirkan member aku 2 orang tu tengah sedap melayan "Kelas Tahfiz Bervideo" kat "J"(bukan nama penuh). Alih2 rupanya diorg tak g pun ke "J" tu. Aku gaklah dah melalak hampir 15 lagu dalam keta tu, kira ok la walaupun suara penyanyi sebenar tu tak dapat dihilangkan. Kira sora aku ngan penyanyi asal tu telah disatukan dan menghasilkan bunyi yang agak hebat. eheh, puji diri sendiri.
Nak dipendekkan citer, movie ni mmg best dan amat sesuai ditonton oleh mereka2 yang belum mempunyai pasangan sebab lead actor dia amat hensem dan kira2nya kami ni ade can la berangan nak dapat future husband cenggitu. Joe!!! ko batalkanlah hasrat murni ko tu. Lawak2 yang disajikan pun dikira level antarabangsa sebab yang belakonnya pun mmg orang putih...
Budak katherin Heigel tu pun aku memang suka nonton die belakon dari dia di Grey Anatomy lagi, dah season 4 pun tapi berenti sampai episode 10 je, kata nak sambung balik, mana ni tuan Director...cepatla sambung balik sebelum aku mula sebok ngan acara sampingan yang lain.
Ok la, Joe n Syida ko tatapla gambar diatas betul2 smpai ko nampak kulit muka Katherin Heigel tu tak sama ngan bdan die, aku pun mushkil ngape jadi camtu, takpe la esok2 la aku trim, coz arini aku sebok bangat.....
Friday, April 18, 2008
27 Dresses Featuring DJG
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment